BADMINTON MSSD 2019

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 11 Februari 2019, pihak Sekolah Menengah Islam At Tahfiz buat pertama kali telah menghantar 4 orang peserta bagi Pertandingan Badminton peringkat MSSD.

Pihak sekolah sangat komited terhadap kemenjadian pelajar. 2 orang peserta banat, iaitu Hidayatul Tasneem bt Zakaria dan Nor Shafizah bt Abd Hamid dan 2 orang peserta banin iaitu Mohamad Hasif bin Abd Majid dan Ammar Farouq bin Anuar telah dihantar untuk mewakili SMIT di peringkat MSSD.

Alhamdulillah, walaupun sekolah baru kali pertama menghantar peserta, mereka semua telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah. Mereka juga berjaya ke pusingan kedua. Sekalung tahniah buat guru-guru Badminton yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fairuz bin Rehan kerana berjaya melatih anak-anak SMIT sehingga ke pusingan kedua.

Walaupun tewas di pusingan kedua, peserta sekolah kita tetap bersyukur kerana pihak sekolah telahpun memberikan peluang berharga untuk bertanding dan mendapatkan pengalaman tak ternilai ini.

Semoga tahun hadapan, sekolah kita berjaya mencipta nama di MSSD. InsyaAllah.