BENCANA PENCEMARAN KIMIA PASIR GUDANG 2019

BENCANA PENCEMARAN KIMIA PASIR GUDANG 2019

Pada tanggal 13 Mac 2019, Rabu, berlaku tragedi yang tidak diingini oleh warga Pasir Gudang khususnya warga MITT, iaitu pencemaran kimia. Pencemaran ini berlaku di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang kemudiannya merebak ke kawasan-kawasan lain sekitar Pasir Gudang.

Sekitar jam 12.30 tengahari, MITT Pasir Gudang juga telah menerima kesan pencemaran di mana beberapa orang pelajar sekolah ini pengsan dan mengalami sesak nafas. Keadaan masih lagi terkawal kerana para guru telahpun bersiap sedia dengan situasi pencemaran ini.

Berikutan dengan isu pencemaran ini, pihak sekolah telahpun diberi arahan supaya menutup sekolah selama seminggu bagi memastikan keadaan alam sekitar pulih dan keadaan para pelajar dan guru stabil.

Maklumat pada gambar penting dan gambar sekadar hiasan.