CARA MEMOHON SPRIT

Permohonan kemasukan ke SRIT boleh dibuat secara online. Sila isi Borang Online
Pemohon juga boleh terus ke pejabat sekolah SRIT dan mendapatkan borang permohonan di Pejabat Sekolah. Isi borang tersebut dengan lengkap dan sertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :
4 keping gambar berukuran pasport (pelajar);
1 salinan surat beranak pelajar;
1 salinan kad pengenalan pelajar;
1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga;
1 salinan surat berhenti sekolah dari sekolah terdahulu bagi pemohon tahun 2 dan keatas.
* Perhatian! Ibubapa perlu melampirkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan selengkapnya sebelum menghantar borang kepada pihak sekolah. Jika pihak tuan/puan tidak berbuat demikian borang permohonan tidak akan diproses.
Pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa/penjaga melalui telefon atau surat dalam masa terdekat sekiranya berjaya mendapat tempat di SRIT.