GOTONG-ROYONG MITT 2019

Pada tanggal 13 Mac 2019, Rabu, Unit Ko-Kurikulum SMIT telah menganjungkan gotong – royong untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah MITT.

Tepat jam 8.00 pagi, para pelajar telahpun berkumpul di surau MITT untuk bacaan Al Mathurat, Yasin dan solat hajat. Kemudian, pada pukul 9.00 sehingga pukul 10.00 pagi, para pelajar terlibat dengan aktiviti usrah.

Usai rehat, jam 10.30 pagi, bermulalah aktiviti gotong-royong. Mereka dibahagikan dengan beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai guru pengiring masing-masing.

Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar. Kawasan sekitar sekolah seperti dataran sekolah, kawasan pejabat sekolah, kelas dan koridor serta longkang-longkang, tandas-tandas dan surau telahpun dibersihkan.

Aktiviti gotong-royong ini tamat pada jam 12.30 tengahari. Pihak sekolah amat berharap, para pelajar menghargai kerbersihan. Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab bersama.