GURU BESAR SRIT

 

 

Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail merupakan Guru Besar Sek. Ren Islam At Tahfiz. Beliau dilahirkan pada 11 Februari 1973.  Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Rendah Ladang Sungai Pandas. Kemudian, beliau meneruskan ke Sekolah Arab Tampok di Benut, Pontian, Johor. Lalu, beliau melanjutkan pengajian ke Maahad Johor dan seterusnya ke Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau berpengalaman hampir 15 tahun dalam sektor perguruan ini. Beliau juga aktif sebagai penceramah bebas sekitar Johor.