HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2018

Assalamualaikum wbt. Pada hari Ahad, 8 Julai 2018 telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Sambutan Aidilfitri MITT sesi 2018.

Majlis ini melibatkan semua pelajar MITT yang telah mencapai kecemerlangan yang membanggakan. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis ini. Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak, anak-anak cemerlang ini dapat diraikan.

Semoga kejayaan mereka menaikkan lagi semangat belajar dan berdaya saing kepada mereka yang belum mencapai kejayaan. Air semarak kecemerlangan ini diharap dapat menyalakan semangat belajar pelajar-pelajar yang masih berusaha.