HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MITT 2019

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MITT 2019

Pada tanggal 21 Julai 2019, Ahad, MITT telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Majlis ini merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada pentadbiran MITT.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada MITT dalam pelbagai bidang. Ia juga mendorong semua pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik dan diniah tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh MITT. Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan.

Seramai lebih kurang 200 orang pelajar menerima anugerah kecemerlangan Akademik dan Diniah. Pada tahun ini, Anugerah NILAM juga turut diberikan kepada pembaca terbanyak MITT. Selain itu, MITT juga turut memperkenalkan tentang Anugerah Super Huffaz. Anugerah ini diberikan kerana pihak MITT melihat tentang keberkesanan program yang merangsang pelajar untuk membaca buku dan menghafal Al Quran.

Hari Anugerah Kecemerlangan ini telahpun dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Dahalan bin Mohd Din, Penyelia Seksyen Pendaftaran dan Tahfiz, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan Qasidah dan Kalam Jamaie daripada pelajar-pelajar MITT. Persembahan mereka yang mengagumkan ramai ibu bapa yang datang. Alhamdulillah.

Pelajar Khatam Al Quran
Ustaz Dahalan bin Mohd Din,
Penyelia Seksyen Pendaftaran dan Tahfiz, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru
Mudir, Al Fadhil Ustaz Abd Razak bin Borhan
Barisan VIP

Barisan pelajar cemerlang
Ibu Bapa MITT