HARI BAHASA, SAINS DAN MATEMATIK SMIT 2018

HARI BAHASA, SAINS DAN MATEMATIK SMIT 2018

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya berlangsungnya HARI BAHASA, SAINS DAN MATEMATIK Sek Men Islam At Tahfiz. Program ini berlangsung bagi tujuan memartabatkan bahasa, Sains dan Matematik. Sesuai dengan motto program iaitu Bahasa Merentas Teknologi.

Program ini berlangsung selama 1 hari. Aktiviti dalam program ini dibuat secara explorace. terdapat 4 check point yang perlu mereka lalui dan keempat-empat check point ini telah dibahagikan mengikut subjek bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Alhamdulillah kerjasama para pelajar amatlah baik. Mereka telah mencuba menjawab semua soalan yang diberi pada setiap check point. Walaupun mereka mengejar masa, namun mereka tetap menyiapkan tugasan yang diberikan dengan penuh semangat bekerjasama. Bak kata pepatah, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Begitulah semangat  para pelajar dan guru-guru.

Semoga program ini mampu memberi imput positif kepada semua pelajar SMIT. Sesungguhnya program ini berjalan lancar berkat kerjasama semua pihak. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua.