Hari Bersama Mahasiswa Al Azhar ( HIMMAH’19 ) BAKTI SISWA 2019

Hari Bersama Mahasiswa Al Azhar ( HIMMAH’19 ) BAKTI SISWA 2019

Tanggal 3 September 2019, Selasa, pihak Sek Men Islam At Tahfiz telah mengadakan Program Hari Bersama Mahasiswa Al Azhar ( Himmah’19 ). Program ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir. Objektif program ini untuk menarik minat para peserta untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Program ini juga menyediakan pengalaman kepada mahasiswa Mesir mempraktikkan dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari bersama masyarakat.

Melalui program ini juga, pihak penganjur juga memperkenalkan Al Azhar dan BKPJM selaku wasilah kebajikan dan kesatuan anak-anak Johor di Mesir serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara alumni juga pelajar-pelajar Malaysia.

Program ini mensasarkan pelajar STAM dan SPM bagi perkongsian ilmu dan pengalaman mahasiswa-mahasiswa yang sedang menuntut di Mesir. Perkongsian ini penting bagi memberi gambaran terhadap rutin pembelajaran di universiti.

Semoga pengalaman yang dikongsikan dapat memberikan manfaat yang berterusan dan membangkitkan semangat para pelajar yang terlibat untuk menuntut ilmu dan berbakti kepada ummah.