Hari Guru MITT 2019

Pada tanggal 5 Mei 2019, Ahad, telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru peringkat MITT. Hari Guru sepatutnya disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Namun, pihak pengurusan sekolah menyambutnya lebih awal kerana kita bakal menyambut Bulan Ramadhan.

Tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan jasa warga pendidik telah mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa untuk dijadikan panduan pada masa hadapan. Hari Guru akan diadakan di semua peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Tema Hari Guru 2019 ialah ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’. Tema ini sangat bersesuaian dengan peredaran masa kini. Namun, peredaran masa dan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa dalm mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.

Logo Hari Guru 2019

Logo pada sambutan kali ini memberi maksud:
-Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
-Ikon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.
-Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.

Sambutan pada kali ini dimulakan dengan Solat Hajat. Kemudian, guru-guru diarak masuk ke Dewan Terbuka. Selepas itu, Mudir MITT, Al Fadhil Ustaz Abdul Razak Bin Borhan, menyampaikan ucapan perasmian. Diikuti oleh ucapan daripada Ustaz Jarwani bin Hosnin selaku wakil daripada pihak Lembaga Pentadbiran MITT.

SOLAT HAJAT HARI GURU 2019
PERARAKKAN MASUK GURU-GURU
Ucapan Perasmian daripada MUDIR MITT,
Al Fadhil Ustaz Abdul Razak Bin Borhan
Ucapan Wakil Pengurusan Sekolah, Ustaz Jarwani bin Hosnin

Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil-wakil pelajar Sek Men Islam At Tahfiz ( SMIT ), Sek Ren Islam At Tahfiz ( SRIT ) dan Tahfiz Darul Quran. Ucapan penghargaan mereka buat para guru berasa dihargai. Kemudian, pelajar-pelajar Tingkatan 5 pula, menayangkan Tayangan Video Pendek hasil garapan mereka. Pelajar-pelajar juga mengadakan persembahan bertenaga seperti mendeklamasikan sajak, persembahan tanpa suara, dan persembahan Qasidah.

AJK BANIN SAMBUTAN HARI GURU 2019
AJK BANAT SAMBUTAN HARI GURU 2019

Alhamdulillah, majlis sambutan berjalan lancar. Guru-guru mendapat pelbagai hadiah penghargaan. Terima kasih para ibu dan bapa. Terima kasih anak-anak didik. Semoga kejayaan milik kalian. InsyaAllah.

BARISAN GURU SEK REN ISLAM AT TAHFIZ (SRIT)
BARISAN GURU SEK MEN ISLAM AT TAHFIZ (SMIT)
BARISAN GURU TAHFIZ