HARI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MITT KALI KE 17 2018

HARI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MITT KALI KE 17 2018

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah telah berlangsungnya hari kemuncak Sukan Tahunan MITT 2018 pada 29 April 2018, bersamaan hari Ahad. Pihak sekolah juga sangat berbesar hati kerana kesudian Al Fadhil Ust. Idris b. Saari,Penolong Pengarah Seksyen Kokurikulum, Jabatan Agama Islam Johor untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan MITT pada kali ini.

Al Fadhil Ust. Idris b. Saari,
Penolong Pengarah Seksyen Kokurikulum, Jabatan Agama Islam Johor.

 

Syukur alhamdulillah Hari Kejohanan berjalan dengan sangat baik walaupun keadaan padang agak kurang memuaskan. Namun, semangat para pelajar dan guru pada hari kejohanan sangat membanggakan. Acara bermula dengan PERBARISAN RUMAH-RUMAH SUKAN. MasyaAllah, sungguh berwarna warni setiap pasukan semasa acara Lintas Hormat berlangsung. Syukur Alhamdulillah. Rumah Merah tampil bergaya dengan tema Lady Bird, Rumah Biru pula segak dengan tema Lautan, Rumah Kuning menyerlah dengan tema Lebah dan Rumah Hijau berseri dengan tema Buaya.

PERBARISAN RUMAH-RUMAH SUKAN DAN BADAN BERUNIFORM

PERBARISAN RUMAH-RUMAH SUKAN DAN BADAN BERUNIFORM

 

Pada Hari Kejohanan Sukan Tahunan, acara-acara yang dipertandingkan ialah seperti di bawah:

  1. 100 m Akhir
  2. 200 m Akhir
  3. 400 m Akhir
  4. 4 x 100 m
  5. 4 x 400 m

Alhamdulillah, Tahniah kepada PASUKAN RUMAH KUNING kerana telah menjadi JOHAN KESELURUHAN SUKAN TAHUNAN MITT KALI KE 17 2018. Naib Johan jatuh kepada PASUKAN RUMAH HIJAU, seterusnya Pasukan Rumah Biru, dan diikuti Pasukan Rumah Merah.

Jutaan terima kasih diucapkan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung semasa Sukan MITT berlangsung. Semoga ukhwah yang terjalin lebih erat dengan adanya sukan ini.

#Sukan menuju Sunnah. AllahhuAkhbar!

Acara Larian 100m Tahap 1

Para peserta bersiap sedia

Para pemenang menerima pingat.

Pasukan Rumah Kuning. JUARA KESELURUHAN MITT KALI KE 17 2018.

Pasukan Rumah Merah bertamakan LadyBird, Juara Perbarisan.

Pasukan Rumah Hijau. NAIB JUARA KESELURUHAN SUKAN TAHUNAN MITT KALI KE 17, 2018.

Pasukan Rumah Biru bertemakan Lautan.

Acara Sukan bersama Ibu Bapa. Sukan Sunnah Memanah.