HARI TERBUKA MITT 2019

30 Jun 2019, Ahad, telah berlangsungnya Hari Terbuka Al Maahad Al Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz ( MITT ). Hari Terbuka ini merupakan program tahunan sekolah yang penting dalam memperkukuhkan hubungan di antara guru dan ibu bapa.

Hari Terbuka merupakan hari yang memberi peluang kepada para ibubapa untuk bertanyakan hal pembelajaran anak-anak kepada guru dengan lebih khusus. Ibubapa juga boleh mengetahui prestasi anak-anak dan kaedah belajar yang sesuai dengan mereka.