IHTIFAL RIADHI 2019

Assalamualaikum wbt. Pada 26 September 2019, Khamis. Sekolah Ren dan Men Islam At Tahfiz telah menghantar beberapa pasukan untuk mewakili sekolah dalam Ihtifal Riadhi.

Program ini dianjurkan oleh PINTA Daerah Johor Bahru dengan kerjasama PPID Johor Bahru. Program Ihtifal Riadhi ini dikhaskan untuk sekolah Tahfiz, Sek Ren Islam ( SRI ), Sek Men Islam ( SMI ) Daerah Johor Bahru.

Program ini mempertandingkan 4 acara iaitu Futsal, Bola Jaring, Badminton dan Memanah. Sekolah menghantar peserta bagi Sek Ren Islam dalam acara Memanah dan Futsal ( Banin ). Manakala, Sek Men Islam pula, sekolah menghantar pasukan dalam acara Futsal ( Banin ), Bola Jaring, Badminton dan Memanah.

Program bermula pada jam 8.00 pagi. Para pelajar telah mula berkumpul pada pukul 7.30 pagi di sekolah. Seramai 33 orang pelajar yang terlibat beserta 6 orang guru pengiring. Program berakhir pada 2.00 petang.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, sekolah kita berjaya merangkul beberapa kejayaan. Walaupun ini merupakan penyertaan pertama kita dalam Ihtifal Riadhi, namun para pelajar kita berjaya mencipta nama di arena ini. Alhamdulillah kesemua pelajar pulang dengan kejayaan.

Senarai keputusan Ihtifal Riadhi bagi kategori Sek Men Islam At Tahfiz ( SMIT )

  1. Pertandingan Futsal (Banin) – Gangsa
  2. Pertandingan Bola Jaring – Gangsa
  3. Pertandingan Memanah ( Banin ) – Gangsa
  4. Pertandingan Memanah ( Banat ) – Gangsa
  5. Pertandingan Badminton ( Banin ) – Perak
  6. Pertandingan Badminton ( Banat ) – Perak

Senarai keputusan Ihtifal Riadhi bagi kategori Sek Ren Islam At Tahfiz ( SRIT )

  1. Pertandingan Futsal ( Banin ) – Peringkat saringan
  2. Pertandingan Memanah ( Banin ) – Tempat ke 4
  3. Pertandingan Memanah ( Banat ) – Tempat ke 4

InsyaAllah, pada Ihtifal Riadhi akan datang, pihak sekolah dan asatizah akan lebih bersedia dalam menyiapsiagakan anak-anak. Semoga sekolah kita lebih berjaya pada tahun hadapan. Bersama mengorak langkah ke arah kejayaan.