Karnival Puteri Islam peringkat Sek Men Islam At Tahfiz 2018

Karnival Puteri Islam peringkat Sek Men Islam At Tahfiz 2018

Assalamualaikum wbt. Persatuan Puteri Islam SMIT telah menganjurkan pertandingan bagi pemilihan peserta untuk ke Karnival Puteri peringkat negeri Johor.

Pada hari Rabu, 26 September 2018 yang lalu, beberapa pertandingan telah diadakan. Contohnya, Pertandingan Kelim Karipap, Pertandingan Memasak, Pertandingan Jahitan Tulang Belut, dan Pertandingan Video Pendek.

Pertandingan ini semua bertujuan untuk melahirkan ahli Puteri Islam yang berketrampilan. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan dan peluang kepada ahli Puteri Islam menjalani aktiviti-aktiviti kemahiran asas seorang wanita dalam dunia kemodenan ini.

Semoga ahli Puteri Islam yang terpilih, menjadi peserta yang aktif dan bersemangat semasa pertandingan sebenar kelak. Semoga peserta semua dapat mengharumkan nama sekolah kita. InsyaAllah.