Kejohanan Sukan Tahunan MITT Kali ke-18.

Kejohanan Sukan Tahunan MITT Kali ke-18.

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 10 Mac 2019 yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan MITT kali ke-18. Pihak sekolah mengadakan kejohanan ini di Padang Awam Taman Mawar hasil kerjasama dengan pihak MPKK Taman Mawar.

Pada kejohanan kali ini, pihak sekolah telah menjemput Tuan Norafazi bin Hj. Ja’afar, Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang sebagai perasmi kejohanan. Alhamdulillah, beliau sudi melapangkan masa beliau untuk bersama anak-anak MITT.

Dif-dif kehormat yang dijemput bagi kejohanan kali ini ialah Pengerusi MPKK Taman Mawar, Hj. Ariff bin Hj. Delip, Haji Abdullah b. Esa, En Azman bin Tahir, Ketua Balai Polis dan Ketua Balai Bomba Taman Mawar, Pasir Gudang. Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan kesemua dif-dif kehormat.

BARISAN DIF-DIF KEHORMAT

Kejohanan ini memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap optimum. Pelajar-pelajar juga dapat merasai dan menghayati sendiri ukhwah yang baik antara guru dan pelajar. Pelajar-pelajar dapat melihat sendiri potensi diri dalam bidang kokurikulum ini. Pihak sekolah juga optimis bahawa kejohanan ini mampu melahirkan pelajar yang berkeyakinan, berketrampilan dan cemerlang kelak.

Acara hari kemuncak ini dimulakan dengan perarakkan masuk dif-dif kehormat. Kemudian, acara lafaz ikrar kejohanan oleh wakil pelajar iaitu Mohd. Amirul Afiq. Usai bacaan ikrar, para pelajar mendengar kata-kata amanat daripada Mudir MITT, Ustaz Abdul Razak bin Borhan. Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Norafazi bin Hj. Ja’afar, Penolong Pendaftar Institusi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan sekaligus beliau merasmikan Kejohanan Sukan MITT kali ke-18.

UCAPAN DARPADA MUDIR MITT, USTAZ ABDUL RAZAK BIN BORHAN

Acara diteruskan lagi dengan perarakan keluar daripada kontijen-kontijen rumah sukan serta pasukan unit beruniform sekolah. Acara perbarisan ini telah memperlihatkan idea kreatif para pelajar dan guru dalam menonjolkan rumah sukan masing-masing.

PERBARISAN RUMAH SUKAN 2019
RUMAH KUNING BERTEMAKAN BATMAN

RUMAH HIJAU BERTEMAKAN THE ROMANCE HULK
RUMAH BIRU BERTEMAKAN PAHLAWAN MELAYU
RUMAH MERAH BERTEMAKAN KESEGARAN STRAWBERRY

Sepanjang kejohanan, para pelajar memberikan kerjasama yang baik. Mereka sangat bersemangat dengan acara-acara yang dianjurkan. Mereka juga membolehkan semua acara yang dirancang, berjalan dengan baik.

PERASMI MELEPASKAN PESERTA LARIAN 100M TAHAP 1
PEMENANG ACARA LARIAN 4 X 100 M TAHAP 1
PEMENANG BERSAMA GURU BESAR, USTAZ KHIRUL MUNTANAZAR BIN ISMAIL
KEHADIRAN IBU BAPA MEMERIAHKAN MAJLIS

Alhamdulillah, tepat jam 1.00 tengahari, acara Kejohanan Sukan Tahunan MITT kali ke-18 telahpun berakhir dengan sanagt meriah. Rumah Kuning telah berjaya menjadi juara pada temasya kali ini. Tahniah Rumah Kuning. Naib Johan jatuh kepada Rumah Merah, tempat ketiga pula jatuh kepada Rumah Hijau dan tempat keempat pula Rumah Biru. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rumah sukan.

JOHAN KEJOHANAN SUKAN MITT, RUMAH KUNING.
GURU-GURU PASUKAN RUMAH KUNING
NAIB JOHAN, RUMAH MERAH
BARISAN GURU RUMAH MERAH
TEMPAT KETIGA, RUMAH HIJAU
AYUH RUMAH BIRU, KITA TAWAN TAHUN HADAPAN. INSYAALLAH.