KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MITT KALI KE 19

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MITT KALI KE 19

Tanggal 9 Februari 2020, Ahad, telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan MITT kali ke 19 di Padang Awam Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Acara tahunan yang berprestij ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi dan dirasmikan oleh En. Yahya bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pra Sekolah Dan Rendah. Selepas bacaan doa, alunan Asma Al Husna, nyanyian lagu-lagu rasmi dan pembacaan Ikrar Kejohanan daripada pelajar, majlis perasmian terus dijalankan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Mudir MITT, Ustaz Hj Abd Razak bin Borhan.

Usai ucapan daripada Mudir, Yang Berbahagia En Yahya Bin Mohamed turut memberi ucapan dan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan MITT pada kali ini. Selepas itu, perarakkan keluar padang oleh pasukan rumah-rumah sukan pun terus berlangsung.

Setelah upacara tersebut, acara akhir seperti larian 100m, 200m dan 4x100m berlangsung. Semua acara ini berlangsung dengan sangat baik. Pengelolaan majlis kejohanan pada kali ini lebih menarik kerana terdapat Pertandingan Khemah Rumah Sukan Terbaik. Penambahbaikkan ini merupakan langkah yang sangat baik oleh pihak pengelolaan program ini.

Keputusan Kejohanan Sukan Tahunan MITT kali ke 19 diumumkan pada jam 2.00 petang. Pasukan Merah merangkul Johan Keseluruhan Kejohanan dengan catatan mata sebanyak 1998 mata. Manakala, naib johan disandang oleh Rumah Biru dengan pungutan mata sebanyak 1995. Tempat ketiga ialah Rumah Hijau dan keempat ialah Rumah Kuning.

Ketibaan barisan VVIP
Perarakan Lintas Hormat
Pasukan Rumah Kuning
Pasukan Rumah Hijau
Pasukan Rumah Merah
Pasukan Rumah Biru
Pasukan BSMM
Pasukan Pengakap
Pasukan Puteri Islam
Barisan Rumah Sukan
Al Fadhil, Ustaz Hj. Abd Razak bin Borhan, Mudir MITT.
Perasmi, En. Yahya bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pra Sekolah dan Rendah.

Acara larian 100m
Tarik Bola Guna Gelung