Kelab Memanah MITT ( PEWARIS )

 

 

Assalamualaikum wbt. Kelab memanah MITT telah ditubuhkan pada tahun 2018. Kelab ini masih lagi baharu. Matlamat penubuhan kelab ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kehebatan sukan sunnah Rasullah s.a.w. Peneraju utama kelab ini ialah Ustaz Mohammad Azfarzilee bt Aziz ( SRIT ) dan Ustaz Mohd Gazali bin Mohd Sohod ( SMIT ). Kelab ini ditubuhkan atas nama PEMANAH WARISAN SUNNAH AL MAAHAD AL ISLAMI LIT TARBIAH WAT TAHFIZ (PEWARIS). Penubuhan kelab ini diharap mampu memberikan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar MITT.

Alhamdulillah, seorang murid SRIT telahpun berjaya mengorak langkah dalam bidang sukan ini. MUHAMMAD LUTHFEL HAADIY B. AL NASSER, murid tahun 6 SRIT berjaya membuka mata orang ramai apabila berjaya merangkul pelbagai kemenangan dalam acara memanah ini. Kini, beliau mewakili Malaysia dalam pertandingan memanah di Festival Memanah Tradisional Antarabangsa bertempat di Ladang Alam Warisan, Sri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diharap beliau berjaya di sana.