Kem Kecemerlangan SPM dan PT3

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 13 Sept sehingga 15 Sept 2018,

telah berlangsungnya Kem Kecemerlangan SPM dan PT3. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program bermula pada jam 8.00 pagi, Hari Khamis dan bertempat di sekolah terlebih dahulu untuk beberapa subjek.

Kemudian, kem diteruskan di Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang, Ulu Tiram, Johor. Selepas Asar, jam 4.30 petang, para pelajar telahpun menaiki bas untuk ke pusat latihan tersebut. 2 bas terlibat sebagai pengankutan ke lokasi kem.

Seramai 104 orang pelajar PT3 dan SPM telahpun menyertai Kem Kecemerlangan ini. Mereka tidak dibenarkan memegang telefon bimbit sepanjang kem.

Alhamdulillah. Perjalanan kem sangatlah menggalakkan. Para pelajar sangat aktif dan menunjukkan minat yang tinggi untuk berjaya. Semoga dengan iringan doa daripada ibubapa dan guru, para pelajar menjadi lebih jitu persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Sekalung tahniah buat para asatizah dan pelajar-pelajar di atas komitmen yang ditunjukkan. Alhamdulillah. Semoga berjaya dengan cemerlang dan menjadi pelajar yang berakhlak.

Perjalanan menaiki bas ke Pusat Latihan SAJ

 

Perjalanan menaiki bas ke Pusat Latihan SAJ

 

Slot Pagi Hari Khamis, 13 Sept 2018.

Slot malam 13 Sept 2018

 

Slot Subjek Sejarah SPM

 

Perbentangan Peta Minda

 

Penceramah English.

Slot Matematik PT3

Majlis Restu Ilmu daripada Ibubapa dan guru

Majlis Restu Ilmu daripada Ibubapa dan guru

 

Majlis Restu Ilmu daripada Ibubapa dan guru

 

Penceramah Subjek Matematik SPM

Calon PT3

Tekun mendengar teknik menjawab SPM

Calon SPM

Penceramah Subjek Sejarah