Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM )

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM )

Pada tanggal 17 Januari 2019, keputusan STAM telahpun keluar. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, pelajar STAM berjaya mencipta kejayaan.

Mabruk diucapkan kepada Khairul Athiyyah bt Murad kerana mendapat keputusan MUMTAZ dalam peperiksaan STAM 2018. Pihak sekolah juga berbesar hati kerana kejayaan adik Khairul Athiyyah ini telah membuktikan bahawa MITT merupakan sekolah yang setanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Alhamdulillah, syukur.

Semoga anak-anak pelajar yang lain menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat mereka kelak. InsyaAllah.