KHATAM AL QURAN 2019

Assalamualaikumm wbt. Pada tanggal 22 Mei 2019, program Khatam Quran telah diadakan di Dewan Tertutup Tahfiz, MITT. Program ini ialah kesinambungan daripada program Tadarus yang telah dijalankan sepanjang bulam Ramadhan.

Tepat jam 8.00 pagi, para pelajar telah berkumpul di dalam Dewan Tertutup Tahfiz. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi. Majlis ini dikelola oleh para asatizah Tahfiz Sepenuh Masa.

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan harmoni. Pelajar-pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

Aluan bacaan Al Quran oleh para pelajar dan ustaz-ustaz sangat menenangkan hati dan mendamaikan jiwa. Alhamdulillah. Semoga majlis ini memberikan impak positif terhadap jiwa anak-anak.