KURSUS GURU-GURU SEK. REN. ISLAM AT TAHFIZ (SRIT)

KURSUS GURU-GURU SEK. REN. ISLAM AT TAHFIZ (SRIT)

Pada tanggal 19 April 2019, bersamaan dengan hari Jumaat yang lalu, pihak pengurusan MITT telah menganjurkan kursus khas untuk guru-guru SRIT.

Pada hari Jumaat, 19 April 2019, kursus mengenai Pentaksiran Bilik Darjah dilakukan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Asrar bin Sidon (pensyarah IPGKTHO) . Beliau menghuraikan tentang tajuk ini dengan sangat baik. Slot 1 bermula pada jam 8.30 sehingga 10.30 pagi. Topik yang dikupaskan ialah Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah. Kemudian, slot 2 pula, membincangkan tentang Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Slot ke 3 bermula pada jam 2.30 – 4.30 petang, penceramah mengupaskan tentang Bengkel Aplikasi Pentaksiran Bilik Darjah.

Seterusnya, pada hari Sabtu, 20 April 2019, kursus diteruskan dengan tajuk kursus iaitu Pembelajaran Abad ke-21 yang disampaikan oleh En Ahmad Shukri bin Ahmad (pensyarah IPGKTHO) . Slot ke-4 diteruskan oleh En. Ahmad Shukri dengan memberi pengenalan kepada Pembelajaran Abad ke-21. Manakala, Slot ke-5 pula mengupas tentang Kemenjadian Pembelajaran Abad ke-21 dalam PdPc. Slot terakhir, slot ke-6 merupakan bengkel asas Pedagogi Pembelajaran Abad ke-21.

Alhamdulillah, kesemua slot berjalan dengan lancar. Kerjasama semua guru yang terlibat amatlah dihargai. Ilmu yang dicurahkan ini pasti akan dipraktikkan untuk meningkatkan cara dan mutu PdPc di MITT.

Semoga anak-anak didik di MITT cemerlang kerana komitmen guru dan pihak pengurusan sekolah sangat tinggi untuk melihat kemenjadian anak didik MITT.

Kursus Guru, 19 April 2019
Kursus Guru, 20 April 2019
Tekun mendengar pengisian kursus

Sesi mengenali bakat dan hasil lukisan terbaik.

Ustaz Mohd Asrar bin Sidon (pensyarah IPGKTHO)

En Ahmad Shukri bin Ahmad (pensyarah IPGKTHO)