LATIHAN KEBAKARAN MITT SESI 2018

LATIHAN KEBAKARAN MITT SESI 2018

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 8 Mac 2018 bersamaan hari Khamis, Program Latihan Kebakaran MITT telah berlangsung. Program ini merupakan program bersama dengan Jabatan Bomba Pasir Gudang. Latihan kebakaran ini perlu diberikan kepada para pelajar kerana impaknya sangat positif sekiranya kita tahu cara mengawal keadaan semasa kebakaran.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan latihan praktikal kepada para pelajar dan guru tentang cara dan prosedur mengawal kebakaran sekiranya berlaku. Pihak bomba telah mengunjungi sekolah untuk menunjukkan cara pemadaman api secara lebih dekat dan jelas kepada para pelajar.

Guru-guru juga diberikan taklimat ringkas tentang procedur menangani kebakaran dan mengawal keadaan sekiranya berlaku kebakaran. Hal ini sangat penting kerana malang tidak berbau. kita perlu bersedia dalam menerima apa sahaja situasi akan datang. Oleh hal yang demikian juga, pihak sekolah dan bomba bekerjasama dalam memastikan setiap pelajar tahu tentang latihan ini

Semoga kerjasama semua pihak mampu meminimumkan situasi-situasi yang tidak diingini berlaku di sekolah kita. Marilah kita menjaga harta benda sekolah dengan lebih baik untuk mengelakkan berlakunya punca kebakaran.