MAJLIS APRESIASI 2018

Pada tanggal 26 Jun 2019, berlangsungnya Majlis Apresiasi Guru. Majlis ini untuk menghargai jasa para asatizah dalam mendidik anak-anak MITT. Oleh sebab Apresiasi ini merupakan suatu bentuk penghargaan dan penilaian terhadap suatu hal yang berhubungan dengan karya seni dan karya sastra, maka pihak sekolah sangat berbesar hati menganjurkan majlis ini.

Majlis ini berlangsung di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Seramai 100 orang warga MITT dijemput hadir kerana mereka semua penting dalam pembentukkan MITT. Majlis ini sememangnya untuk menghargai semua pihak yang membantu melancarkan pengurusan sekolah.

Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat, Ustaz Mohd Salleh bin Kasan. Majlis ini juga turut meraikan Aidilfitri. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.30 tengahari.