MAJLIS IFTAR DAN IHTIFAL MITT 2018

MAJLIS IFTAR DAN IHTIFAL MITT 2018

Assalamualaikum wbt. Pada 7 Jun 2018 yang lalu, bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya Majlis Iftar dan Ihtifal. Majlis ini melibatkan para guru dan ibubapa. Kebersamaan ini menunjukkan bahawa hubungan silaturahim antara guru dan ibubapa berada dalam tahap yang sangat memuaskan.

Majlis ini bermula pada jam 4.30 petang dengan berlangsungnya Pertandingan Iftihal Ilmi. Antara acaranya ialah pertandingan Bacaan Khutbah, Khat, dan Hafazan.

Kemudian, majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa. Selepas itu, kuliah magrib diteruskan oleh Mudir MITT, Ustaz Abdul Razak bin Borhan. Akhir sekali, majlis ditamatkan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa.

“Bagi orang yang melaksanakan puasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka, dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya.”

Juri-juri Hafazan

PERTANDINGAN KHAT

PERTANDINGAN BACAAN KHUTBAH

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

SOLAT SUNAT TARAWIH

KULIAH MAGRIB

MAJLIS IFTAR

peserta Pertandingan Hafazan