MAJLIS IFTAR JAMAIE MITT 2019

Assalamualaikum wbt. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, Majlis Iftar dapat diadakan dengan jayanya. Majlis ini diadakan pada 22 Mei 2019, Rabu. Alhamdulillah, pada sebelah pagi, kita telah adakan Majlis Khatam Quran, dan pada sebelah petang, Majlis Iftar Jamaie pula dapat dijalankan.

Majlis Iftar Jamaie bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada jam 10.00 malam. Majlis ini diakan bagi mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan pada kali ini. Pihak pengurusan dan para ibubapa juga memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis ini berlangsung. Hubungan silaturrahim antara pihak ibubapa dan guru jelas kelihatan. Alhamdulillah, sempena bulan yang mulia ini, keakraban hubungan ini semakin dipelihara hendaknya.

Tepat jam 6.00 petang, Qasidah daripada para pelajar bermula. Ketibaan para ibubapa disambut baik oleh para asatizah. Alunan Qasidah ini diketuai oleh Mohd Shahrizat, pelajar Tingkatan 5. Merdu sungguh alunan kumpulan qasidah. Merinding mendengarnya.

Usai persembahan Qasidah, para ibubapa dan guru dihidangkan kurma dan air utk berbuka puasa. Selesai solat Magrib, juadah berbuka dihidangkan. Tahun ini para hadirin dihidangkan dengan juadah istimewa iaitu Nasi Ambang, makanan tradisi Johor. Makanan ini dimasak sendiri oleh guru-guru sekolah MITT. Kerjasama kumpulan rewang sangatlah baik. Makanan yang disediakan untuk 500 orang tetamu disediakan dengan baik dan siap dalam masa yang diaturkan. Alhamdulillah.

Majlis Iftar Jamaie ini telah berjalan dangan begitu lancar. Hasil kerjasama semua pihak, majlis ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar asrama yang membantu guru-guru menyiapkan majlis ini. Terima kasih juga diberikan kepada semua asatizah. Kerjasama ini sangat berharga.

Ustaz Azhar, Pengacara Majlis Iftar Jamaie 2019
Kumpulan Qasidah MITT
Kumpulan Qasidah MITT
Mudir MITT, Ustaz Abd. Razak bin Borhan memberikan kata alu-aluan.
Pengetua Tahfiz Darul Quran MITT, Ustaz Mohd. Rafie bin Borham bersama-sama menjayakan majlis.
Kumpulan Rewang Asatizah MITT
Kumpulan Rewang Asatizah MITT