MAJLIS KHATAM QURAN 2018

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 7 Jun 2018, telah berlangsung Majlis Khatam Quran secara ringkas. Majlis ini berlangsung selama 2 jam.

Sebagai penutup tirai di bulan ramadhan ini, majlis ini sangat penting dalam mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan. Di samping itu juga, anak-anak yatim juga diberikan sedikit sumbangan daripada pihak sekolah menjelang Aidilfitri ini.

Selama 3 minggu warga MITT bertadarus, hari nin merupakan penutup tadarus. Semoga kita diberikan kesihatan yang lebih baik dalam meneruskan tradisi yang baik ini.

Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

Penyerahan sumbangan kepada anak-anak pelajar yang yatim piatu oleh Pengetua SMIT

Barisan Ustaz dalam Majlis Khatam Quran