MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN, KETUA DAN PENOLONG KELAS SERTA PEMBIMBING SAHABAT SEBAYA 2018

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN, KETUA DAN PENOLONG KELAS SERTA PEMBIMBING SAHABAT SEBAYA 2018

Pada tanggal 7 dan 8 Februari 2018, iaitu pada hari Rabu dan Khamis yang lepas telah berlangsung Majlis Watikah Perlantikan Barisan Kepimpinan Pelajar MITT sesi 2018. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan berprotokol. Majlis ini menjemput Naib Mudir MITT iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd. Makhfoz bin Borham sebagai peramsi majlis. Alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar seperti yang diharapkan. Sebagai acara dalaman sekolah, pihak sekolah sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat. Setinggi – tinggi penghargaan diberikan kepada pihak pentadbiran sekolah atas kesudian mereka melapangkan masa untuk acara penting ini.

Seramai lebih kurang 250 orang pelajar menerima watikah perlantikan. Barisan kepimpinan pelajar ini terdiri daripada barisan pengawas sekolah, pustakawan, ketua dan penolong kelas serta Pembimbing Sahabat Sebaya.  Kesemua sekolah terlibat iaitu Sek Men Islam At Tahfiz, Sek Ren Islam At Tahfiz Dan Tahfiz Darul Quran. Semoga dengan adanya majlis watikah perlantikan ini, barisan kepimpinan pelajar akan terus membantu pihak sekolah dan guru – guru dalam mengawal masalah disiplin pelajar sesi 2018.