MARHABAN SEK MEN ISLAM AT TAHFIZ 2018

MARHABAN SEK MEN ISLAM AT TAHFIZ 2018

Assalamualaikum wbt. Pada hari Rabu, 11 Julai 2018, pihak Sek Men Islam At Tahfiz telah mengadakan program Marhaban peringkat sekolah menengah.

Program ini bermula daripada pukul 8.30 am sehingga pukul 10.00 am. Para guru menziarahi setiap kelas sekolah menengah. Alhamdulillah, program sebegini dapat mengimarahkan bulan Syawal ini. Di samping itu juga, program ini boleh mengeratkan hubungan guru-guru dan para pelajar.

Semoga program sebegini memberi manfaat yang baik kepada guru dan para pelajar.