Minggu Kebersihan Dan Keceriaan SRIT 2018

Minggu Kebersihan Dan Keceriaan SRIT 2018

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, pada tanggal 25 Februari 2018, Ahad telah berlangsung Minggu Kebersihan Dan Keceriaan SRIT 2018. Minggu kebersihan ini dijalankan bagi tujuan mengajar dan memberi panduan kepada murid-murid agar mereka lebih menghargai kebersihan dan keceriaan sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya. Begitulah juga dengan program ini. Mereka dididik daripada sekarang untuk menjaga dan menghargai alam sekitar.

Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Oleh sebab itulah, murid-murid diberikan pendedahan awal tentang kebersihan dan keceriaan.  Minggu ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti kebersihan dan keceriaan kelas, tandas dan kantin. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua warga MITT. Sama-samalah kita menjaga kebersiha  dan keceriaan sekolah kita.