MINGGU ORIENTASI SESI 2018

Assalamualaikum wbt. Minggu Orientasi sesi 2018 telah berjalan pada 1 Januari 2018 sehingga 4 Januari 2018. Sepanjang minggu ini, murid- murid telah diperkenalkan dengan tatacara dan peraturan sekolah. Alhamdulillah, minggu orientasi ini berjalan dengan lancar. Ramai dalam kalangan mereka mendapat input yang bermanfaat terutamanya murid-murid baharu.

Setinggi – tinggi penghargaan diberikan kepada semua barisan guru kerana bersama-sama mengembeling tenaga dalam menjayakan minggu orientasi ini. Besar harapan daripada pihak sekolah dan guru-guru MITT kepada semua pelajar MITT agar terus mengorak langkah cemerlang dalam apa jua bidang. Mereka juga diharapkan mengamalkan segala amalan yang ditekan sepanjang minggu orientasi ini. Semoga segala yang diterapkan dalam minggu orientasi ini berkekalan sepanjang tahun 2018.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Orientasi MITT dan semua staff MITT. Semoga tahun 2018 lebih cemerlang akhlak, prestasi dan kualiti. Insyaallah.

Berikut ada sedikit gambar-gambar sepanjang Minggu Orientasi 2018.