Mini Karnival MITT 2018

Assalamualaikum wbt. Pada hari Rabu, 5hb September 2018, telah berlangsungnya acara terakhir Mini Karnival Mitt 2018. Acara terakhir ini melibatkan acara memanah iaitu Combat Archery.

Sepanjang sejam permainan, para peserta diberikan taklimat ringkas terlebih dahulu mengenai permainan dan keselamatan semasa Combat Archery ini berlangsung.

Alhamdulillah program Mini Karnival ini berakhir dengan baik. Murid-murid mengetahui cara permainan yang betul. Di samping itu juga, mereka seronok dapat menyertai sukan sunnah ini.