MINGGU OREINTASI PELAJAR SESI 2019

MINGGU OREINTASI PELAJAR SESI 2019

Assalamualaikum wbt.

Minngu pertama persekolahan, suasana di MITT pastinya gamat dengan telatah pelajar-pelajar. Setiba nya di MITT, ramai yang beruniform baharu. Kelihatan anak-anak MITT bersemangat untuk menghadapi 2019 dengan lebih cemerlang.

Minggu pertama ini merupakan minggu orientasi kepada semua pelajar. Minngu ini sangat penting untuk mengingatkan semula tentang peraturan-peraturan sekolah dan pergerakkan pelajar di kawasan sekolah.

Bagi pelajar-pelajar baharu, sepanjang minggu Orientasi ini, mereka diberi pendedahan kepada persekitaran dan suasana pembelajaran di MITT.

Pihak sekolah sangat berharap semoga Minggu Orientasi ini boleh memberikan impak awal terhadap kecemerlangan pembelajaran pada tahun ini. InsyaAllah.