Peperiksaan Percubaan STAM dan SPM 2018

Peperiksaan Percubaan STAM dan SPM 2018

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan Tingkatan 5 telahpun berjaya menghadapi Peperiksaan Percubaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selama seminggu, mereka tekun menjawab soalan-soalan percubaan tersebut. Mereka kelihatan sangat gemuruh dan dalam masa yang sama bersemangat dalam menjawab soalan.

Pihak sekolah mengharapkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan Tingkatan 5 terus maju. Mereka boleh meneruskan legasi kecemerlangan sekolah ke tahap lebih baik. InsyaAllah.