Assalamualaikum wbt. Minggu ini Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama ( SMRA ) telahpun berlangsung.
Tanggal 7 Okt sehingga 9 Okt 2018 iaitu bersamaan hari Ahad sehingga Selasa, peperiksaan SMRA pula mengambil tempat. Peperiksaan ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2 sahaja.
Peperiksaan ini menguji pelajar tentang kefahaman Diniah iaitu Usuluddin, Syariah dan Lughah Al Arabiah.
Semoga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang.