Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2018

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2018

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPMMatrikulasiatau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Terdapat beberapa subjek wajib lulus dalam peperiksaan ini. Antaranya ialah:

Kod Subjek Nama Subjek Bahasa Perantaraan Syarat Khas
1103 Bahasa Melayu Bahasa Melayu  
1119 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris  
1223 Pendidikan Islam Bahasa Melayu Diambil oleh pelajar beragama Islam sahaja
1225 Pendidikan Moral Bahasa Melayu Diambil oleh pelajar bukan Islam
1249 Sejarah Bahasa Melayu  
1449 Mathematics Bahasa Melayu dan Inggeris  
1511 Science Bahasa Melayu dan Inggeris

Jadual rasmi peperiksaan bertulis SPM telahpun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan telahpun bermula iaitu pada 13 November 2018 sehingga 13 Disember 2018.

  • 13 – 15 November 2018
  • 19 – 22 November 2018
  • 26 – 29 November 2018
  • 3 – 5 Disember 2018
  • 6 Disember 2018
  • 10 – 13 Disember 2018