Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) 2018

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) 2018

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam.

Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.

Calon yang ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:

  • Mumtaz – Cemerlang
  • Jayyid Jiddan – Sangat Baik
  • Jayyid – Baik
  • Maqbul – Lulus
  • Rasib – Gagal

Semoga pelajar-pelajar STAM MITT berjaya menduduki peperiksaan dengan tenang dan cemerlang. Peperiksaan ini bermula daripada 16 Oktober sehingga 23 Oktober 2018. Kelak, warga MITT mendoakan semua pelajar mendapat keputusan cemerlang. InsyaAllah.