PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMIT 2018

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMIT 2018

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 15 Mac 2018, hari Khamis, telah berlangsung Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Menengah Islam At Tahfiz. Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 15 sehingga 17 Mac 2018 dan bertempat di perkarangan sekolah MITT.

Perkhemahan ini bertujuan sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kendiri secara langsung kepada para pelajar berkaitan ilmu kehidupan ( survival) dan cara hidup menghadapi cabaran masa hadapan.

Program ini disasarkan kepada semua pelajar badan unit beruniform SMIT. Seramai lebih kurang 200 orang pelajar yang terlibat. Semua guru juga diminta bersama-sama bekerjasama dalam memantau para pelajar. Program ini dikelola oleh fasilitator berpengalaman daripada Universiti Teknologi Malaysia.

Alhamdulillah, setelah 3 hari perkhemahan ini berjalan, para peserta kelihatan lebih berdisiplin dan telah terserlah juga sifat kepimpinan dalam diri setiap pelajar. Pihak sekolah berharap ianya kekal dalam jati diri para pelajar.

Sekalung tahniah diucapkan kepada GPK Kokurikulum, Ust. Gazali bin Sohod dan ahli jawatankuasa program perkhemahan ini. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga perkhemahan ini dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan. InsyaAllah.