PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRIT 2018

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRIT 2018

Assalamualaikum wbt. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinanNya, Sek Ren Islam At Tahfiz, Taman Mawar, Pasir Gudang telah berjaya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform. Perkhemahan ini berlangsung selama 3 Hari 2 malam bertempat di Kem Markisa Sungai Nibong, Batu Pahat, Johor.

Murid-murid berkumpul di sekolah pada 13 Mac 2018, Selasa. Kemudian, selepas perhimpunan pagi, mereka terus bertolak ke Batu Pahat. Selama 3 hari di sana, murid-murid dipantau oleh 12 orang guru. Guru-guru ini perlu memantau seramai 123 orang murid. Perkhemahan berakhir pada 15 Mac 2018, hari Khamis.

Semua murid yang menyertai perkhemahan ini sangat seronok ketika berada di sana. Mereka didedahkan dengan ‘ life survival ‘ ketika berada di dalam hutan. Mereka juga diberi tunjuk ajar agar menjadi insan yang lebih berketrampilan dan berdisiplin melalui latihan kawad. Dengan sokongan dan bantuan daripada Jabatan Amal Malaysia, diharap peserta perkhemahan lebih berdaya maju. InsyaAllah.

Semoga mereka beroleh manfaat sepanjang perkhemahan berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan perkhemahan ini.