PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 2019

PERTANDINGAN BOLA JARING MSSD 2019

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah buat julung kali SMIT telah menghantar pasukan bawah 18 tahun ke pertandingan bola jaring peringkat MSSD.

Selama seminggu pasukan ini berlatih dengan bantuan daripada beberapa jurulatih sukan bola jaring ini. Pengurus pasukan, U. Nur Kamar Dyana telah memilih seramai 12 orang pemain untuk mewakili sekolah.

Tujuan pasukan ini dihantar adalah untuk menimba pengalaman bersukan dengan sekolah-sekolah sekitar Pasir Gudang dan mendedahkan mereka tentang perihal Bola Jaring dengan memberikan gambaran sebenar kepada mereka.

Alhamdulillah, walaupun tewas di peringkat awal, ianya merupakan pengalaman berharga buat pasukan Bola Jaring SMIT. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana menyokong pasukan Bola Jaring SMIT.

Pasukan Bola Jaring bawah 18 tahun bersama jurulatih.
Pasukan Bola Jaring SMIT 2019