PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN MSSD.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN MSSD.

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 9 April 2019, pihak sekolah telahpun menghantar pasukan bola sepak bawah 18 tahun untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak peringkat MSSD.

Seramai 18 orang pelajar terlibat dengan pertandingan ini. Alhamdulillah, pelajar-pelajar menjadikan pertandingan ini sebagai pengalaman pertama yang berharga. Pertandingan ini juga mencungkil barat para pelajar dalam bidang sukan bola sepak.

Syukur ke hadrat Illahi, Walaupun pasukan sekolah ini tidak berjaya ke peringkat seterusnya, namun semangat berpasukan sangat utuh dalam diri anak pelajar. Kita boleh melihat kesungguhan anak-anak melalui latihan dan komitmen mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus berkorban masa dan waktu untuk melatih anak pelajar MITT. Semoga Allah swt memberkati segala perih jerih para guru khususnya buat Ustaz Adam, Ustaz Arif, Ustaz Fairus dan Ustaz Hairul Anuar.

Semoga tahun hadapan, MITT akan mempamerkan persembahan yang lebih padu. InsyaAllah.

Sepak Mula.