PERTANDINGAN MEMANAH ANJURAN KELAB MEMANAH TAMAN RINTING

PERTANDINGAN MEMANAH ANJURAN KELAB MEMANAH TAMAN RINTING

Pada tanggal 20 April 2018, Sek Ren Islam At Tahfiz( SRIT ) telah menghantar wakil seramai 8 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Memanah anjuran Kelab Memanah Taman Rinting. Seawal jam 7:30 pagi hari Jumaat, mereka telah berada di sana bersama beberapa guru pengiring PEWARIS.

Ustaz Azfarzilee, Ustazah Izatul Asma, Ustazah Nurul Asmah dan Ustazah Syarifah Nadiah merupakan guru pengiring pada pertandingan kali ini. Sebanyak 7 sekolah yang telah menyertai pertandingan ini.

Alhamdulillah SRIT telah mendapat tempat ke-4 dan Mohd Lutfey Hadiy berjaya menjadi Pemanah Terbaik. Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan:

Johan:

Sekolah Agama Kg. Pasir Puteh

Naib Johan:

Sekolah Agama Sg. Tiram

Ketiga:

Sekolah Agama Taman Rinting

Keempat:

Sekolah Rendah Islam At Tahfiz ( Team A )

Kelima:

Sekolah Rendah Islam Pintar

Keenam:

Sekolah Rendah Islam At Tahfiz ( Team B )

Ketujuh:

Sekolah Agama Al Itqan Bukit Indah