POLISI PEMBAYARAN YURAN

POLISI PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN  MITT

  • Pembayaran yuran boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut :

i)Tunai

ii)Cek

iii)Bank in

iv)Pindahan bank (account transfer)

  • Pembayaran melalui kaedah ii, iii, iv adalah sangat digalakkan.
  • Segala resit atau bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada kaunter pembayaran sekolah ataupun dihantar melalui e-mail di pejabatmitt@gmail.com
  • Resit rasmi perlu diterima oleh setiap pembayar sebagai bukti pembayaran
  • Semua yuran yang berkaitan dengan pendaftaran masuk bagi sesi baru dan yuran pengajian bulanan perlu dibayar sebelum 1 Januari tahun sesi baru. Jika ibu bapa gagal membuat bayaran , murid tidak dibenarkan masuk kelas dan diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan hutang tersebut.
  • Semua yuran pengajian yang dibayar secara bulanan hendaklah dibayar pada tiap-tiap 1 haribulan setiap bulan bermula dari Januari sehingga November. Ibu bapa yang gagal menjelaskan yuran pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang surat atau makluman kepada sekolah, surat peringatan akan dikeluarkan.
  • Tunggakan yuran – Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut :
  1. Peringatan pertama – jika sebulan tertunggak.
  2. Peringatan kedua – jika dua bulan tertunggak.
  3. Notis 7 hari – jika 3 bulan atau lebih, tertunggak .
  4. Penahan murid daripada memasuki kelas peperiksaan akan dibuat jika tiada tindakan atau apa-apa surat rayuan oleh ibu bapa/penjaga ke atas notis 7 hari.
  5. Jika ibu bapa ingin memberhentikan pembelajaran anaknya kerana tunggakan yuran, dokumen yang berkaitan tidak akan diberi.
  • Bagi kes penahanan murid (rujuk 4) dan permohonan berhenti (rujuk 5), cara penyelesaian hanyalah dengan membayar penuh segala hutang yang ada.
  • Yuran lama tertunggak – Notis peringatan pada bulan November perlu dikeluarkan kepada ibu bapa yang berhutang bahawa murid berkenaan tidak dibenarkan masuk sekolah untuk sesi baru (contoh 2018).
  • Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan – Jika ibu bapa masih berminat untuk meneruskan persekolahan sama ada pada tahun sama atau tahun yang berlainan, yuran pengajian perlu terus dibayar. Jika ibu bapa tidak berminat untuk meneruskan persekolahan, mereka perlu berhenti dan mendaftar semula untuk kemasukan baru selepas itu. Penerimaan untuk mendaftar bergantung kepada kekosongan tempat belajar.