PROGRAM BERSAMA GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

PROGRAM BERSAMA GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) adalah merupakan badan bukan kerajaan yang diwakili oleh pelajar melayu semenanjung. GPMS adalah satu-satunya persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara ini hasil dari kesedaran akan pentingnya bidang akademik di kalangan anak-anak Melayu. GPMS memperkenalkan konsep kelas bimbingan sejak tahun 1950-an lagi. Kegiatan kelas bimbingan ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada pelajar dan masyarakat pada masa itu. Mulai tahun 1960-an, pertubuhan belia negara ini mula menjadikan kelas bimbingan sebagai aktiviti persatuan.

Dalam tahun 1958, GPMS mula meneroka aktiviti-aktiviti baru dengan mengadakan kursus untuk pelajar. Dalam kursus ini, konsep perkhidmatan masyarakat mula diperkenalkan. Ahli-ahli GPMS khususnya dari Universiti Malaya bergerak mendampingi masyarakat dan meniupkan kesedaran ke dalam diri mereka akan peri pentingnya pelajaran sebagai kunci kemajuan bangsa. Sebagai susulan daripada kejayaan program itu, projek Gerakan Obor pula dipergiatkan. Pada tahun 1971, GPMS melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat di beberapa buah tempat di tanah air.

Atas sebab-sebab di atas, GPMS telah datang ke MITT pada 26 September 2018, Rabu.  Program GPMS ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6. Program ini menekankan tentang hala tuju pelajar selepas peperiksaan besar iaitu SPM dan STAM.

Pelajar-pelajar diberikan motivasi tentang perkara-perkara yang mereka perlu lakukan selepas peperiksaan. Merela juga diberikan pendedahan tentang Neuro-Linguistic Programming (NLP). NLP ini membantu para pelajar mengawal emosi dan tetap fokus kepada kemahuan mereka.

Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6.