PROGRAM AKUR JANJI CALON SPM 2019

PROGRAM AKUR JANJI CALON SPM 2019

Assalamualaikum wbt. Pada 26 Januari 2019 bersamaan hari Sabtu, telahpun berlangsungnya program Akur Janji Calon SPM dan sesi taklimat bersama ibu bapa calon.

Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Sesi taklimat kepada ibu bapa calon SPM disampaikan oleh Ustazah Siti Haida selaku GPK Kurikulum SMIT. Calon SPM ditekankan agar lebih fokus kerana tahun ini, sekolah akan mengikut Kurikulum Bersepadu Diniah ( KBD ). Para ibu bapa juga diharapkan lebih memantau pembelajaran anak-anak kerana sekesuam subjek diniah adalah dalam bahasa Arab.

Setelah taklimat, semua calon mengangkat Akur Janji mereka sebagai calon SPM 2019. Semoga apa yang dirancang oleh pihak sekolah akan dapat terus disokong padu oleh ibu bapa pelajar.

Semoga kejayaan milik anak-anak didik MITT untuk peperiksaan penting ini. Kami warga MITT berharap, SPM 2019 bakal melahirkan ramai pelajar barjaya dan berakhlak. InsyaAllah.

Sesi Pendaftaran Pelajar
Calon-calon SPM tekun mendengar amanat Pengetua
Calon – calon bersama ibu bapa mereka
Taklimat disampaikan oleh GPK Kurikulum, U. Siti Haida
Sesi Mohon Restu Ibu Bapa