Program bersama Imam Muda Nazrul Izwan

Program bersama Imam Muda Nazrul Izwan

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 28 Januari 2018, MITT menerima kunjungan daripada Imam Muda Nazrul Izwan bin Zolkiflee.  Beliau yang merupakan Guru Besar SRA Rakyat Nur Al- Syahadah, Taman terus Maju, Perak. Beliau memberikan sepatah dua kata dan beliau juga memberikan mutiara-mutiara kata kepada anak-anak di MITT. Semoga dengan kata-kata yang diberikan mampu menyuntik semangat belajar dalam kalangan pelajar.

Beliau banyak menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran. Sebagai bekas pelajar daripada Kolej Pengajian Islam dan Dakwah, beliau sendiri berasa bertanggungjawab dalam memberikan nasihat-nasihat kepada para pelajar. Alhamdulillah pengisian selama sejam setengah ini mampu memberikan impak positif kepada anak-anak pelajar.