PROGRAM GOTONG- ROYONG SRIT 2018

PROGRAM GOTONG- ROYONG SRIT 2018

Pada tanggal 1 Mac 2018 telah berlangsungnya Program Gotong-Royong SRIT 2018. Program ini bertujuan untuk menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah. Program ini bertujuan supaya para pelajar merasai tanggungjawab dalam menjaga kawasan sekolah.

Murid-murid diajar tentang cara membersihkan tandas, kawasan kelas dan koridor, dan mengutip sampah sekitar kawasan sekolah. Mereka diberikan taklimat oleh pegawai Jabatan Kesihatan tentang bahaya nyamuk Aedes dan demam denggi. Setelah habis taklimat tersebut, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan sekolah.

Semoga program ini memberikan kesan positif terhadap murid-murid dan pihak sekolah berharap sekolah akan berada di zon bebas sampah. InsyaAllah. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.