Program Marhaban SMIT 2019

Pada tanggal 12 Jun 2019, Rabu, telah berlangsung Program Marhaban Sek Men Islam At Tahfiz (SMIT). Program ini bertujuan untuk meraikan Aidilfitri bersama para pelajar SMIT.

Program ini juga mengisi masa Ko-Kurikulum iaitu dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. program ini juga melibatkan semua pelajar. Guru-guru akan berkunjung ke setiap kelas. Amalan ini boleh dijadikan contoh murni kepada para pelajar.

Sebanyak 17 kelas terlibat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan IzinNya program ini dapat berjalan lancar.