PROGRAM MINI KARNIVAL MITT SIRI 1 2019

PROGRAM MINI KARNIVAL MITT SIRI 1 2019

Pada tanggal 17 April 2019, Hari Rabu, pihak Sek Ren Islam At Tahfiz dan Sek Men Islam At Tahfiz telah menganjurkan Program Mini Karnival Siri 1.

Sek Ren Islam At Tahfiz, menganjurkan Mini Karnival bagi mendedahkan kepada anak-anak murid tentang sukan Bola Jaring dan Bola Sepak. Program ini telah memberikan gambaran awal cara-cara untuk bermain bola sepak dan bola jaring dengan cara yang betul.

Sepanjang program tersebut, anak-anak murid yang terlibat dengan pertandingan bola jaring dan bola sepak, akan berada di padang dan perlawanan diadakan secara liga. Manakala murid yang tidak terlibat dengan pertandingan akan membuka gerai mengikut kelab dan persatuan mereka.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA KUMPULAN
PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA KUMPULAN
JUALAN BAGI KELAB DAN PERSATUAN
PARA PELAJAR YANG MENONTON PERLAWANAN

Manakala, Sek Men Islam At Tahfiz ( SMIT ) mengadakan program Mini Karnival bagi Kelab Keusahawanan sahaja. Kelab ini hendak melatih anak-anak pelajar cara berniaga dan menjual barangan mereka. Aspek kemandirian daya diri diterapkan untuk setiap anak pelajar kelab tersebut.

Semasa ahli Kelab Keusahawanan berjualan, anak-anak pelajar SMIT yang lain akan mengikuti pelbagai pertandingan Ilmiah yang diadakan oleh kelab dan persatuan yang lain seperti Pertandingan Sodoku (Kelab Matematik ), Pertandingan Crossword ( Kelab Bahasa Inggeris ), Pertandingan Teka Kata ( Kelab Bahasa Arab ), dan Pertandingan Khat.

Kumpulan 1 Kelab Keusahawanan
Kumpulan 2 Kelab Keusahawanan
Kumpulan 3 Kelab Keusahawanan
Kumpulan 4 Kelab Keusahawanan
Kumpulan 5 Kelab Keusahawanan
Kumpulan 6 Kelab Keusahawanan
Pertandingan Crossword
Guru-guru Kelab Keusahawanan
Pengunjung – pengunjung gerai
Beratur membeli makanan

Alhamdulillah, walaupun SRIT dan SMIT menjalankan konsep Mini Karnival yang berbeza namun mereka masih lagi di dalam satu program yang sama. Semoga para pelajar memperoleh kemantapan potensi diri dalam program ini.