PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN PELAJAR 2019

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN PELAJAR 2019

Assalamualaikum wbt. Pada 16 Januari yang lalu, telah berlangsung Program Motivasi Kepimpinan bagi semua pemimpin cilik MITT.

Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi cara kepimpinan mereka dan membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif.

Program ini dipimpin oleh motivator, En. Mohd Rizal bin Rais. Beliau sangat mengetahui cara-cara terbaik untuk mengendalikan masalah-masalah yang selalunya dihadapi oleh para pemimpin cilik ini terutamanya bagi para pengawas.

Pada peringkat menengah, cara sosial pelajar telah banyak berubah. Mereka lebih mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Oleh sebab itu, pemimpin muda ini perlu lebih dominen dalam mempengaruhi rakan-rakan ke arah yang positif.

Semoga usaha guru-guru MITT akan beroleh hasil yang baik. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.

Para pelajar dan guru yang terlibat
LDK
Motivator, En.Rizal dan para pemimpin muda MITT