Program Motivasi SPM dan STAM 2018

Program Motivasi SPM dan STAM 2018

Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 17 Sept 2018, Hari Isnin, telahpun berlangsung Program Motivasi untuk pelajar SPM dan STAM.

Program ini dikelola oleh penceramah daripada Politeknik Mersing. Alhamdulillah. Beberapa input positif telah diberikan kepada anak-anak pelajar. Antara input yang menarik ialah Motivasi tentang menghadapi peperiksaan, kerja berkumpulan, ketahanan diri dalam menghadapi ujian dan perkongsian ilmu.

Para pelajar memberikan perhatian yang sangat baik semasa program ini berlangsung. Anak pelajar juga diberikan sedikit intro tentang pembelajaran selepas SPM dan STAM. Pelbagai peluang untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Politeknik Mersing juga ada membuat perkongsian tentang kelebihan-kelebihan melanjutkan pelajaran di sana. InsyaAllah, semoga terbuka minda dan azam mereka untuk menyambungkan lagi pendidikan di masa akan datang.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Mersing di atas kerjasama mereka dalam program ini. Semoga mereka lebih sukses di masa akan datang.